global

Keiko Fujimori dibebaskan

Oleh Reuters

LIMA: Pemimpin pembangkang Peru, Keiko Fujimori dibebaskan dari penjara semalam selepas dipenjara lebih setahun sementara menunggu tempoh perbicaraan atas tuduhan dia menerima sumbangan secara haram daripada firma pembinaan Brazil, Odebrecht untuk membiayai kempen.

Fujimori, pemimpin parti berhaluan kanan, Angkatan Popular meninggalkan penjara di daerah Chorrillos di Lima, menurut saksi di tempat kejadian.

Mahkamah tertinggi Peru, Tribunal Perlembagaan negara mengarahkan pembebasannya pada Isnin lalu selepas menjalani hukuman pra penjara selama 18 bulan sejak Oktober tahun lalu.

Disiarkan pada: November 30, 2019 @ 1:44pm
d