global

Pemilik senjata NZ adakan bantahan

Oleh Reuters

MELBOURNE: Kira-kira 50 pemilik senjata api di New Zealand membantah pembaharuan undang-undang ke atas senjata api hari ini, selepas serangan ganas di dua masjid di Christchurch pada Mac lalu yang mengorbankan 51 mangsa.

Usaha Perdana Menteri, Jacinda Ardern berkaitan kawalan senjata mendapat pujian antarabangsa namun menghadapi tentangan dari pembangkang persekutuan Parti Nasional, kelompok pemilik senjata api dan penduduk selepas memperkenalkannya pada September lalu.

Media melaporkan, kumpulan pemilik senjata api mengadakan protes dalam sebuah acara di Auckland dengan membawa poster berlogo antaranya tertulis ‘Rang undang-undang ini mengecewakan orang-orang Kiwi!’ dan ‘Jadilah selamat: tolak undang-undang senjata.’

Undang-undang baru itu yang sudah dibahaskan di Parlimen pada April lalu antaranya menegaskan setiap senjata api harus didaftarkan dan pemilikan senjata api diperketatkan.

Parlimen sebulat suara meluluskan undang-undang itu yang membendung penggunaan dan penjualan senjata api separuh automatik.

Disiarkan pada: November 30, 2019 @ 3:10pm
d