global

41 maut nahas bas di Tunisia, Siberia

Oleh AFP

TUNIS/MOSCOW: Seramai 22 maut manakala 21 cedera selepas bas yang membawa pelancong Tunisia terbabas di utara negara itu hari ini, kata kementerian dalam negeri.

AFP melaporkan, kejadian berlaku ketika bas terbabit melalui kawasan pergunungan di wilayah Ain Snoussi sebelum ia terhumban ke dalam gaung.

Manakala di Siberia pula, sekurang-kurangnya 19 maut dalam kemalangan bas selepas ia terhumban ke dalam sungai di wilayah Zabaikalsky.

Kejadian berlaku selepas tayar bas berkenaan pecah hingga tergelincir dan terhumban keluar dari jambatan yang merentasi sungai Kuenga itu.

Bas yang membawa lebih 40 penumpang itu dikatakan dalam perjalanan dari Sretensk ke Chita.

Susulan kejadian itu, pasukan perubatan menghantar dua helikopter untuk menyelamatkan mangsa di tempat kejadian.

Disiarkan pada: December 1, 2019 @ 8:55pm
d