global

Pameran bogel, pengarah muzium letak jawatan

Oleh AFP

BISHKEK (Kyrgyzstan): Pengarah muzium seni di Kyrgyzstan, meletak jawatan selepas pameran bertemakan feminis yang mempamerkan wanita bogel mencetuskan kemarahan di negara majoriti penduduk Islam itu.

AFP melaporkan, Mira Djangaracheva meletak jawatan selepas muzium terbabit menganjurkan pameran yang menunjukkan tubuh wanita sebagai karung tinju.

Seorang artis warga Denmark, Julie Savery turut membuat persembahan bogel sebagai pembukaan pameran untuk memaparkan penderitaan pekerja seks.

Tindakan muzium itu dikritik beberapa pihak termasuk ahli Parlimen, Makhabat Mavlyanova yang menggesa Mira dipecat.

Disiarkan pada: December 2, 2019 @ 5:03pm
d