global

Bidik bapa, tembak anak

Oleh Agensi

KIEV: Seorang budak lelaki berusia tiga tahun maut selepas pembunuh upahan menembak kenderaan pacuan empat roda dipandu bapanya, yang juga ahli politik tempatan.

Vyacheslav Sobolev, ahli perniagaan dan anggota Majlis Perbandaran Kiev sedang memandu di pusat bandar pada lewat Ahad apabila tiba-tiba diserang kumpulan bersenjata api itu.

Daily Mail melaporkan, penyerang cuba menembak Sobolev menerusi tingkapnya, tetapi peluru tersasar dan mengenai anaknya yang masih kecil.

Kanak-kanak malang itu meninggal dunia dalam ambulans ketika perjalanan ke hospital manakala penyerang terbabit melarikan diri.

Mangsa anak bongsu daripada lima beradik. Kejadian itu disahkan kementerian hal ehwal dalam negeri di Facebook.

Disiarkan pada: December 2, 2019 @ 8:06pm
d