global

Taufan Kammuri mula badai Filipina [METROTV]

Oleh Reuters

MANILA: Taufan Kammuri mula membadai Filipina hari ini yang membawa angin kencang dan hujan lebat hingga menjejaskan penerbangan, sekolah serta pejabat kerajaan.

Pada masa sama, lebih 200,000 penduduk terpaksa dipindahkan selepas terdapat amaran banjir dan tanah runtuh, lapor Reuters.

Lapangan terbang utama di Manila akan ditutup selama 12 jam bermula 11 pagi hingga 11 malam sebagai langkah berjaga-jaga namun penerbangan diteruskan di kawasan yang tidak terjejas.

Taufan itu adalah yang ke-20 melanda negara terbabit tahun ini dan ia dikesan bergerak perlahan ke bahagian tengah kepulauan terbabit pada waktu malam yang menyebabkan kerosakan kecil di beberapa kawasan.

Menurut biro cuaca, kelajuan angin yang dibawa taufan terbabit mencecah 155 kilometer sejam dan ia boleh mencapai sehingga 235 kilometer sejam.

Sehingga kini, tiada laporan kematian, kecederaan atau kerosakan besar berlaku.

Disiarkan pada: December 3, 2019 @ 10:17am
d