global

Tentera Myanmar bunuh wanita, bayi

Oleh Reuters

YANGON: Serangan tentera Myanmar mengorbankan seorang wanita dan dua bayi serta mencederakan enam lain di Rakhine State semalam, menurut penduduk dan anggota parlimen di Mrauk U iaitu lokasi pertembungan antara pasukan keselamatan dengan kumpulan militan etnik.

Ribuan orang tersingkir di Rakhine sejak pemberontakan bermula pada Disember tahun lalu menyebabkan lebih 730,000 umat Islam Rohingya melarikan diri dari serangan tentera pada 2017.

Ahli Parlimen dari Mrauk U, Tun Aung Kyaw, berkata dua wanita hamil cedera manakala wanita yang maut dalam serangan itu adalah ibu kepada tiga anak.

“Kerajaan mesti mengutamakan keselamatan orang awam segera. Mereka perlu mengawal pasukan keselamatan berkenaan,” katanya.

Sebelum penentangan berkenaan, Mrauk U popular dengan kedatangan pelancong luar negara untuk melihat kuil-kuil purba yang menyentuh landskap.

Tetapi kini, ia dipenuhi dengan penempatan khemah penduduk kampung manakala di bandar, kebanyakan keluarga tidur di dalam bunker yang dibina dengan beg pasir untuk selamatkan diri dari serangan dan tembakan.

Disiarkan pada: December 3, 2019 @ 7:40pm
d