global

CEO Garuda bakal dipecat seludup motosikal

Oleh Agensi

JAKARTA: Kementerian Perdagangan Indonesia mengumumkan dalam proses memecat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat penerbangan milik kerajaan, PT Garuda Indonesia kerana didapati menyeludup motosikal berkuasa tinggi dalam sebuah pesawat yang baru dibeli.

Menterinya, Erick Thohir, berkata Ari Askhara didakwa cuba mengelak cukai untuk motosikal Harley Davidson bernilai 800 juta rupiah (RM237,667) dengan menyeludupnya dalam pesawat dari Perancis.

Menurut Reuters, pihak berkuasa turut menemui basikal lipat yang tidak diisytihar kepada kastam.

“Kita juga akan mengesan orang lain yang terbabit,” kata Erick pada sidang media di sini, semalam.

Menurut laporan media Indonesia, motosikal Harley Davidson dan basikal Brompton itu dibawa masuk menggunakan pesawat Airbus A330-900 Neo dari Perancis awal bulan ini, bersama rombongan penerimaan pesawat terbabit.

Disiarkan pada: December 5, 2019 @ 8:04pm
d