global

Drama cemas tembak perompak

Oleh AFP

MIAMI: Dua suspek mati ditembak polis ketika cuba melarikan diri selepas merompak kedai barangan kemas di Coral Gables berhampiran Miami, kata pihak berkuasa.

AFP melaporkan, mereka yang merampas sebuah trak penghantar barang dan menjadikan pemandunya sebagai tebusan ditembak di Miramar ketika terperangkap dalam kesesakan jalan kira-kira jam 5.30 petang.

Menurut ejen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), George Piro berkata, kejadian turut menyebabkan pemandu terbabit dan seorang pejalan kaki maut.

CNN melaporkan, polis mengekori mereka sejauh hampir satu kilometer bersama lebih 40 kenderaan kecemasan dan adegan cemas itu turut disiarkan secara langsung di televisyen menerusi rakaman dari helikopter.

Polis di Miramar memuat naik hantaran mengesahkan terdapat kejadian tembakan dengan beberapa kematian dan tiada anggota pihak berkuasa terbunuh.

Disiarkan pada: December 6, 2019 @ 1:50pm
d