global

Pisang RM499,200 dimakan lelaki

Oleh AFP

MIAMI: Sebiji pisang yang ditampal di dinding dengan pita pelekat sebagai satu hasil seni berharga AS$120,000 (RM499,200) akhirnya musnah dimakan seorang lelaki.

Pisang itu adalah karya seni artis Itali, Maurizio Cattelan bertajuk “Comedian” dan dijual kepada seorang pengumpul Perancis pada harga AS$120,000.

Bagaimanapun, seorang lelaki, David Datuna datang ke pameran Seni Basel di Miami semalam lokasi pisang itu dipamerkan sebelum menanggalkan dari dinding dan terus memakannya.

Datuna yang juga seorang artis berasal dari New York turut menyiarkan video dia masuk ke pameran itu dan terus memakan pisang berkenaan.

“Persembahan seni.. artis yang kelaparan,” katanya sambil mengupas kulit pisang itu dan terus memakannya.

“Terima kasih, sangat bagus,” tambahnya.

Beberapa pengunjung ketawa melihat gelagat Datuna itu sebelum beberapa pengawal keselamatan menahannya.

Namun, Datuna dilepaskan tanpa dikenakan sebagai tindakan.

“Dia tidak memusnahkan hasil seni itu. Pisang itu adalah satu idea,” kata pengarah pameran berkenaan, Lucien Terras kepada Miami Herald.

Menurut Miami Herald, pisang itu kemudiannya digantikan dengan pisang baru dan dilekatkan semula di dinding tidak lama selepas itu.

Disiarkan pada: December 8, 2019 @ 12:23pm
d