global

Warga asing dilarang sumbang dana

Oleh Reuters

LONDON: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dari Parti Konservatif tidak membiayai kempen pilihan raya dengan wang Russia, kata menteri keselamatan, Brandon Lewis kepada BBC, hari ini.

Ditanya sama ada wang Russia digunakan untuk membiayai parti, Lewis berkata: “Tidak, pembiayaan untuk Parti Konservatif adalah dari orang yang mengisytiharkannya melalui Suruhanjaya Pilihan Raya dan warganegara Britain.”

Warga asing tidak dibenarkan membuat sumbangan kepada parti politik United Kingdom.

Disiarkan pada: December 8, 2019 @ 6:38pm
d