global

Mayat doktor Jepun dibawa pulang

Oleh AFP

NARITA: Mayat doktor Tetsu Nakamura warga Jepun yang ditembak mati di Afghanistan dibawa pulang ke Jepun, hari ini.

Pesawat yang membawa mayatnya akan mendarat di lapangan terbang Narita bersama isteri dan anak sulungnya, yang pergi ke Kabul selepas menerima berita kematian itu, Rabu lalu.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Keisuke Suzuki bersama kakitangan dan isterinya, memberikan penghormatan di lapangan terbang selepas meletakkan karangan bunga di atas keranda.

Menurut media tempatan, mayat Nakamura akan dipindahkan ke tempat lahirnya di Fukuoka.

Lelaki berusia 73 tahun itu terbunuh di Jalalabad, lokasi dia bekerja sejak 1980-an.

Dia dibunuh bersama lima pengawal keselamatan dan rakan sekerja Afghan dalam serangan yang belum diakui oleh mana-mana pihak.

Disiarkan pada: December 8, 2019 @ 8:57pm
d