global

'Frozen 2' pecah panggung

Oleh NYT/Reuters

LOS ANGELES: Filem animasi Disney ‘Frozen 2’ menguasai carta pecah panggung untuk minggu ketiga berturut-turut dengan meraih AS$34.7 juta (RM144.4 juta) di Amerika Utara.

Ia adalah filem ketiga memenangi carta pecah panggung selama tiga minggu berturut-turut, di belakang ‘Glass’ dan ‘Avengers: Endgame’.

Frozen 2 meraih kira-kira AS$34.7 juta (RM144.4 juta) pada hari Jumaat hingga semalam, menjadikan jumlah keseluruhan jualan domestiknya mencapai sekitar AS$337.6 juta (RM1.4 bilion) iaitu hampir dua kali ganda berbanding ‘Frozen pertama menjelang akhir hujung minggu pada 2013.

Ini membolehkan Frozen 2 meraih AS$90.2 juta (RM375 juta) di peringkat antarabangsa pada minggu lalu, dengan jualan keseluruhan sekitar AS$919.7 juta (RM3.8 bilion) secara global.

Frozen 2 dijangka menyertai senarai kutipan bilion dolar dalam masa terdekat dan tampil sebagai filem ke-enam Disney yang berjaya mencapai tahap itu.

Disiarkan pada: December 9, 2019 @ 6:32pm
d