global

Itali dilanda gempa bumi

Oleh AFP

ROME: Gempa bumi berukuran 4.5 magnitud menggegarkan wilayah Mugello di Itali tengah hari ini, menyebabkan kerosakan kecil pada bangunan.

Menurut kenyataan Institut Kebangsaan Geofizik dan Vulcanologi (INGV), gempa bumi berpusat kira-kira 31 kilometer dari timur laut Florence di Tuscany.

Gempa bumi tercetus pada jam 4.37 pagi waktu tempatan selepas beberapa siri gegaran kecil.

Datuk Bandar Vicchio, Filippo Carla’ Campa berkata, gempa itu berlanjutan selama beberapa waktu dan tiada laporan kerosakan harta benda atau kecederaan dilaporkan.

Sekolah di wilayah itu ditutup dan beberapa perkhidmatan tren di Florence dibatalkan atau dilewatkan.

Beberapa siri gempa bumi yang melanda Itali tengah pada lewat 2016 dan lewat 2017 meragut 300 nyawa.

Disiarkan pada: December 9, 2019 @ 6:49pm
d