global

Bom dijumpai di sekolah

Oleh AFP

HONG KONG: Polis Hong Kong berjaya mematikan dua bom buatan sendiri yang ditemui di dalam kawasan sekolah dan sedang menyiasat sama ada peranti itu mempunyai kaitan dengan pergolakan politik di bandar raya itu.

Menurut polis, anggota unit pemusnah bom segera ke Kolej Wah Yan di daerah Wanchai selepas seorang kakitangan sekolah menemuinya, kata polis.

“Bom itu dalam keadaan lengkap, mampu berfungsi sepenuhnya dan sedia untuk digunakan,” kata pegawai kanan pemusnah bom, Alick McWhirter kepada wartawan.

McWhirter berkata dua peranti berkenaan mengandungi 10 kilogram bahan letupan dan ia direka untuk diletupkan menggunakan telefon bimbit.

“Paku turut digunakan pada bom itu selain bahan lain berasaskan ammonium nitrat buatan sendiri untuk meningkatkan kemusnahan.

“Kedua-dua peranti itu hanya mempunyai satu fungsi iaitu membunuh dan mencederakan orang ramai,” kata McWhirter.

Disiarkan pada: December 10, 2019 @ 6:26pm
d