global

6 maut tembakan di hospital

Oleh Agensi

PRAGUE: Seramai enam orang terbunuh dalam tembakan di sebuah hospital di bandar Ostrava, Republik Czech hari ini.

Serangan itu berlaku pada jam 7.19 pagi waktu tempatan dan polis kini memburu suspek penembak.

Polis memuat naik gambar suspek berkulit putih dengan berambut pendek dan memakai jaket berwarna merah di Twitter.

“Kami meminta orang ramai membantu menjejaki suspek dan sentiasa berwaspada,” katanya.

Polis dalam kenyataannya berkata, anggotanya tiba di tempat kejadian lima minit selepas menerima laporan pertama mengenai tembakan itu.

Presiden rantau Moravian-Silesian, Ivo Vondrák berkata, enam orang terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam serangan itu.

Disiarkan pada: December 10, 2019 @ 6:42pm
d