global

2 bekas PM Algeria dipenjara

Oleh AFP

ALGIERS: Dua bekas perdana menteri Algeria bakal menjalani hukuman penjara dalam jangka masa panjang atas dakwaan rasuah berprofil tinggi selepas mantannya Abdelaziz Bouteflika meletakkan jawatan ketika bantahan besar-besaran pada April lalu.

Agensi berita APS melaporkan, Ahmed Ouyahia dihukum penjara 15 tahun manakala Abdelmalek Sellal dikenakan 12 tahun.

Bekas menteri industri, Abdeslam Bouchouareb, yang dalam perjalanan ke luar negara dijatuhi hukuman selama 20 tahun, lapornya.

Disiarkan pada: December 10, 2019 @ 7:05pm
d