global

Boris Johnson menang besar

Oleh AFP

LONDON: Perdana Menteri Boris Johnson menang besar dalam pilihan raya semalam seterusnya membuka laluan untuk proses United Kingdom (UK) meninggalkan Kesatuan Eropah (Brexit) bulan depan selepas proses itu tersangkut selama beberapa tahun.

Keputusan awal pilihan raya setakat ini menunjukkan Parti Konservatif pimpinan Johnson menang 364 kerusi iaitu jumlah tertinggi sejak zaman kegemilangan Margaret Thatcher pada 1980-an.

Sebaliknya, pembangkang utama, Parti Buruh kalah teruk apabila hilang 59 kerusi seterusnya memaksa pemimpinnya Jeremy Corbyn mengumumkan peletakan jawatannya.

Parti Liberal Demokrat yang anti-Brexit turut mengumumkan menggantikan pemimpinnya Jo Swinson yang hilang kerusinya di Scotland kepada Parti Kebangsaan Scotland (SNP).

Disiarkan pada: December 13, 2019 @ 7:17pm
d