global

Peladang maut diserang harimau

Oleh AFP

PALEMBANG: Seorang peladang terbunuh selepas diserang seekor harimau Sumatera, kata polis, kejadian ketiga dalam tempoh tidak sampai sebulan.

Polis berkata, lelaki berusia 55 tahun diserang haiwan itu di ladang kopi terletak di wilayah Sumatera Selatan, semalam.

Katanya, semasa kejadian rakan mangsa menjerit untuk memberi amaran apabila melihat dia didekati haiwan terbabit.

“Secara tiba-tiba, harimau menerkam mangsa,” kata jurucakap polis, Ferry Harahap kepada AFP.

Serangan itu berlaku beberapa minggu selepas seekor harimau membunuh seorang lagi peladang di Pagaralam.

Sementara itu, pegawai agensi pemuliharaan tempatan, Martialis Puspito berkata, serangan berlaku kerana manusia menceroboh habitat haiwan terancam itu selain penduduk diberi amaran supaya menjauhi kawasan hutan.

pix hiasan

Disiarkan pada: December 14, 2019 @ 11:53am
d