global

1 maut, apartmen meletup

Oleh AFP

BERLIN: Seorang maut dan sekurang-kurangnya 25 cedera dalam insiden letupan di sebuah apartmen di bandar Blankenburg, Jerman, hari ini.

Polis berkata, beberapa mangsa mengalami kecederaan kritikal dan pihaknya sedang mengenal pasti identiti mangsa yang meninggal dunia.

Katanya, pihak polis sedang menyiasat sama ada letupan itu adalah perbuatan disengajakan atau kemalangan.

Difahamkan letupan berlaku pada jam 9 pagi waktu tempatan di apartmen lima tingkat, menyebabkan serpihan bangunan melambung setinggi 60 meter.

Polis berkata, penghuni apartmen sudah dipindahkan dan pusat asuhan kanak-kanak berdekatan turut dikosongkan.

Disiarkan pada: December 14, 2019 @ 12:47pm
d