global

Mata, otak tertusuk batang termometer

Oleh Agensi

BEIJING: Seorang budak lelaki berusia dua tahun sangat bernasib baik kerana masih selamat selepas matanya ditembusi batang termometer hingga menusuk otaknya.

Daily Mail Melaporkan, Cheng Xiyu berlari sambil memegang termometer itu sebelum terjatuh menyebabkan objek tajam itu menusuk matanya hingga tembus ke otak.

Bagaimanapun, termometer itu tidak mencederakan mata tetapi melalui soket mata kanan hingga menusuk otak sedalam lima sentimeter.

Budak itu pada mulanya dibawa ke sebuah klinik di Jinyang di wilayah Shaaxi tetapi kerana keadaannya terlalu serius dia dirujuk ke Hospital Kanak-kanak Xi’an.

Pakar bedah saraf, Dr Shi Hangyu berkata, termometer itu menyebabkan kecederaan tetapi ia tidak merosakkan kawasan otak yang mengawal fungsi kognitif.

“Cabaran paling besar mengeluarkan objek ini adalah risiko ia mencederakan mata dan menambah kecederaan otak.

“Kami mengambil masa 10 minit untuk menarik objek ini tanpa menyebabkan luka dijangkiti kuman,” katanya.

Disiarkan pada: December 16, 2019 @ 11:36am
d