global

Akhirnya selepas 25 tahun...

Oleh AFP

NEW YORK: Buat kali pertama selepas 25 tahun, lagu Krismas terkenal nyanyian Mariah Carey, All I Want for Christmas Is You menduduki tempat pertama dalam carta muzik Billboard.

“Kami berjaya,” kata Mariah dalam status yang disertakan beberapa emoji termasuk muka menangis dengan gembira di Twitter semalam.

Ramai netizen terkejut mendapat tahu lagu dari album Merry Christmas yang dilancarkan pada 1994 itu belum pernah menduduki tempat pertama dalam Billboard.

Ketika itu, Billboard menetapkan peraturan tidak membenarkan lagu single bukan komersial memasuki carta Hot 100.

Namun, Billboard mengubah peraturannya pada 1998, sekali gus membolehkan lagu terkenal di peringkat antarabangsa itu disenaraikan dalam carta pada 8 Januari 2000.

Menurut Billboard, All I Want for Christmas Is You mendapat penstriman mencecah 45 juta kali dengan mencapai 27,000 jualan digital serta diputarkan di radio sebanyak 34 juta kali.

Disiarkan pada: December 17, 2019 @ 12:36pm
d