global

Pekerja mabuk perkosa mayat

Oleh Agensi

BRASILIA: Gara-gara mabuk seorang pekerja rumah mayat tergamak merogol mayat seorang kanak-kanak perempuan selepas meraikan kemenangan pasukan bola sepaknya di Brazil.

Daily Mail melaporkan, Wanderley dos Santos Silva, 52, bersama rakannya keluar meraikan kemenangan Flamengo mengalahkan River Plate dalam perlawanan bola sepak Copa Libertadores, 22 November lalu.

Silva dan rakannya difahamkan kembali ke pejabat awal pagi keesokan harinya dalam keadaan mabuk teruk.

Media tempatan melaporkan, seorang pegawai dari Jabatan Forensik Polis datang ke tempat itu untuk mendapatkan maklumat mengenai mayat seorang wanita apabila dia ternampak Silva merogol mayat seorang kanak-kanak perempuan sambil disaksikan rakan sekerja.

Dia melarikan diri dan tidak pasti sama ada sudah atau tidak ditahan polis.

Kejadian berkenaan segera dilaporkan ke Jabatan Forensik Polis menyebabkan Silva dan rakannya dipecat serta-merta dari Institut Perubatan Undang-undang di Manaus.

Polis turut membuka kes nekrofilia (seks bersama mayat) untuk siasatan.

Menurut peguam tempatan, Penelope Antony, Silva berdepan satu hingga tiga tahun penjara jika didapati bersalah melakukan hubungan seks dengan mayat berkenaan.

Disiarkan pada: December 18, 2019 @ 9:02am
d