global

Tembak rakan, tak tahan dibuli

Oleh Reuters

BANGKOK: Seorang pelajar berusia 14 tahun menembak mati rakan sekelas yang dipercayai untuk membalas dendam kerana sering dibuli oleh mangsa di sekolah, dalam kejadian di wilayah Nonthaburi, Thailand.

Reuters yang memetik polis wilayah itu mengesahkan suspek sudah ditahan untuk siasatan namun tidak mendedahkan butiran lanjut.

Stesen penyiaran tempatan, Thai PBS melaporkan pelajar itu membuat pengakuan kepada polis bahawa dia menyembunyikan pistol milik bapanya dalam beg sekolah sebelum menembak mangsa di luar kelas.

Dia kemudiannya menukar pakaian dalam cubaan untuk melarikan diri tetapi ditahan oleh beberapa guru dan pelajar lain, lapor media itu.

Polis juga sudah mengambil kelongsong peluru yang ditinggalkan sebagai bukti kes itu dan menahan suspek untuk siasatan lanjut.

Disiarkan pada: December 18, 2019 @ 9:40pm
d