global

UK larang iklan e-rokok di media sosial

Oleh Reuter

LONDON: Beberapa syarikat termasuk British American Tobacco (BAT) dihalang mempromosikan e-rokok di laman Instagram dan media sosial lain.

Pihak Berkuasa Piawaian Pengiklanan (ASA) menyiasat ciapan di Instagram yang dimuat naik e-rokok keluaran BAT menerusi jenama Vype serta pesaingnya Ama Vape, Attitude Vapes dan Global Vaping Group.

Aduan daripada kumpulan kesihatan berpendapat, promosi iklan itu seolah-olah merayu mereka yang berusia di bawah 18 tahun.

ASA memutuskan ciapan BAT melanggar peraturan pengiklanan dalam talian termasuk menggunakan selebriti penyanyi British, Lily Allen.

Undang-undang memutuskan BAT dan tiga firma lain hendaklah segera menghentikan promosi e-rokok di Instagram di United Kingdom (UK), berhenti menggunakan pengaruh (seperti artis) dan membuang semua ciapan yang melanggar peraturan pengiklanan UK.

Disiarkan pada: December 18, 2019 @ 10:24pm
d