global

3 banduan mati dalam penjara

Oleh Reuters

TEGUCIGALPA: Sekurang-kurangnya tiga banduan mati ditembak dalam satu rusuhan di sebuah penjara di bandar pelabuhan Tela semalam, kata seorang pegawai kanan tentera.

“Menurut maklumat awal yang diterima, sekurang-kurangnya tiga banduan terkorban,” kata ketua agensi keselamatan FUSINA, Kolonel Ramon Macoto.

Tidak dapat dipastikan bagaimana kejadian bermula, namun seorang pegawai polis berkata, ia berlaku akibat pergaduhan di antara dua kumpulan banduan yang bermusuhan.

Akhbar Honduras, La Prensa berkata sekurang-kurangnya empat banduan terbunuh dan dijangka angka itu akan meningkat.

Rusuhan di penjara kerap berlaku di Honduras akibat terlalu sesak dan pertikaian yang dicetuskan beberapa kumpulan yang bermusuhan.

Disiarkan pada: December 21, 2019 @ 1:59pm
d