global

2 mangsa culik Abu Sayyaf diselamatkan

Oleh AFP

MANILA: Tentera Filipina menyelamatkan dua kelasi warga Indonesia yang diculik oleh kumpulan Abu Sayyaf, kata pihak berkuasa tentera.

AFP melaporkan, kejadian turut menyebabkan seorang tentera dan anggota kumpulan terbabit terbunuh dalam pertempuran yang berlarutan selama 30 minit di bandar pergunungan Panamao di selatan pulau Jolo.

“Ketika pertempuran itu, dua mangsa berjaya melarikan diri sebelum kami menyelamatkan mereka,” kata komander tentera Leftenan Jeneral Cirilito Sobejana.

Mereka antara tiga yang diculik oleh kumpulan itu pada September lalu di berhampiran pulau Mindanao.

Sobejana berkata, mereka masih melakukan operasi tentera di kawasan itu untuk menyelamatkan semua yang diculik.

“Dia sama ada sudah menyelamatkan diri atau masih ditahan kumpulan terbabit. Kami menjangkakan terdapat satu lagi pertempuran selepas ini,” katanya. -AFP

Disiarkan pada: December 22, 2019 @ 4:22pm
d