global

Korban gunung berapi meningkat 19 orang

Oleh AFP

WELLINGTON: Angka kematian akibat letusan gunung berapi di White Island, New Zealand meningkat kepada 19 orang, kata polis selepas mengesahkan satu lagi kematian di hospital hari ini.

AFP melaporkan, kematian itu termasuk dua mangsa yang mayat mereka gagal ditemui.

Jurucakap polis berkata, mereka dimaklumkan terdapat seorang mangsa meninggal dunia di Hospital Auckland semalam.

Dalam kejadian 9 Disember lalu, terdapat 47 orang yang kebanyakannya terdiri daripada pelancong warga Australia berada di pulau berkenaan ketika gunung berapi terbabit meletus.

Seramai 25 mangsa dilaporkan masih berada di hospital dan ramai yang berada dalam keadaan kritikal.

Disiarkan pada: December 23, 2019 @ 11:10am
d