global

Ubat baru rawat skizofrenia diluluskan

Oleh Reuters

WASHINGTON: Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat, meluluskan ubat percubaan Intra-Cellular Therapies Inc untuk merawat skizofrenia, kata syarikat itu hari ini.

Rawatan menggunakan Caplyta mampu mengawal selia tiga sistem neurotransmitter yang berkaitan dengan penyakit mental teruk iaitu serotonin, dopamin dan glutamat.

Schizophrenia adalah penyakit mental kronik menyebabkan gangguan dalam fikiran, halusinasi dan perasaan takut dan paranoia.

Disiarkan pada: December 23, 2019 @ 9:00pm
d