global

24 maut bas jatuh gaung di Indonesia

Oleh Agensi

PALEMBANG: Sekurang-kurangnya 24 maut manakala 13 lagi terselamat selepas bas yang dinaiki terhumban ke dalam gaung dan terdampar dalam sungai, dalam kejadian di Sumatera Selatan, Indonesia.

Kompas melaporkan, kejadian berlaku ketika bas terbabit membawa penumpang dari Bengkulu ke Palembang sebelum ditimpa kemalangan buruk itu.

Jurucakap perhubungan awam pasukan penyelamat, Dayu Willy berkata, bas terbabit jatuh ke dalam kawasan gaung yang curam ketika melalui kawasan berkenaan.

Katanya, sehingga kini operasi masih dilakukan untuk mengeluarkan semua mangsa.

“Keadaan gaung yang terlalu curam menyebabkan kami mengalami kesukaran untuk melakukan operasi. Mayat mangsa dihantar ke hospital Besemah Pagaralam,” katanya.

Disiarkan pada: December 24, 2019 @ 11:43am
d