global

Penulis lagu tema 'Friends' meninggal dunia

Oleh AFP

WASHINGTON: Penulis lagu tema siri rancangan televisyen ‘Friends’, Allee Willis meninggal dunia pada usia 72 tahun, kata pasangannya Prudence Fenton semalam.

Menerusi Instagram, Fenton memuat naik gambarnya bersama Willis dan menulis ‘Rest In Boogie Wonderland’ 10 Nov 1947 - 24 Disember 2019, sambil mengimbau kenangan lagu ‘Earth, Wind and Fire’ yang ditulis bersama pada 1979.

Akaun Instagram Willis turut berkongsi rakaman skrin mengenai artikel kematiannya bersama kapsyen: “Kami sangat terkejut dan sedih untuk berkongsi berita ini.”

The New York Times melaporkan, dia meninggal dunia Selasa lalu akibat masalah jantung.

Willis pernah menulis lagu ‘I’ll Be There For You’ menjadi lagu tema siri televisyen ‘Friends’ bersama beberapa lagu hits seperti ‘Earth, Wind and Fire’ yang tersenarai sebagai ‘Hall of Fame Songwriters’ pada 2018.

Menurut laman web ‘Recording Academy’, dia memenangi anugerah ‘Grammy’ pada 1985 untuk hasil runut bunyi ‘Beverly Hills Cop’ dan dicalonkan selama dua dekad kemudian untuk ‘The Color purple’.

Disiarkan pada: December 26, 2019 @ 12:04pm
d