global

2 mati, 7 cedera akibat ditembak

Oleh Reuters

 

NORTH CAROLINA: Polis masih mencari petunjuk dan suspek kejadian tembakan yang menyebabkan dua orang mati dan tujuh lagi cedera dalam tempoh dua hari lalu, termasuk serangan malam Krismas di luar sebuah pusat membeli-belah, di sini.

 

Menurut polis, pada malam Selasa lalu, tembakan dilepaskan daripada sebuah kenderaan yang lalu di hadapan kumpulan yang sedang berhimpun di tempat letak kereta di luar pusat membeli-belah menyebabkan enam lelaki dikejarkan ke hospital, tiga daripada mereka kritikal.

 

Ketua Jabatan Polis Daerah High Point, Chris Weisner berkata, keenam-enam mangsa kini stabil, tetapi penyiasat perlu mengenal pasti mana-mana suspek atau kenderaan yang terbabit.

 

Sementara itu, menurut Weisner, penyiasat masih cuba memastikan kemungkinan serangan pada malam Rabu mempunyai kaitan dengan kejadian tembakan berasingan malam sebelumnya menyebabkan seorang daripada dua mangsa meninggal dunia pada hari berikutnya.

 

“Tidak ada hubungan kait yang dapat dipastikan tetapi mereka ingin melihat jika terdapat kaitan antara kedua-dua kejadian tembakan itu,” katanya, sambil menambah tiada tangkapan dibuat setakat ini ke atas insiden berkenaan.

Disiarkan pada: December 26, 2019 @ 3:24pm
d