global

2 rakyat Malaysia maut kemalangan di Kaherah

Oleh AFP

KAHERAH: Dua wanita rakyat Malaysia antara 28 yang maut dalam dua kemalangan berasingan di Mesir, semalam.

AFP yang memetik jurucakap keselamatan berkata, kejadian berlaku selepas bas yang dinaiki bertembung dengan sebuah trak di timur Kaherah ketika ia melakukan perjalanan ke pusat peranginan Ain Sokhna di Laut Merah.

Kejadian turut menyebabkan seorang lelaki warga India maut bersama tiga lagi rakyat Mesir termasuk pemandu bas, pemandu pelancong dan pengawal keselamatan.

Beberapa jam sebelum itu, 22 pekerja kilang tekstil maut selepas bas yang membawa mereka bertembung dengan sebuah kereta di antara bandar Port Said dan Damietta di utara Mesir, lapor akhbar Al-Ahram di laman webnya.

Kemalangan turut menyebabkan lapan yang lain cedera.

Disiarkan pada: December 29, 2019 @ 11:32am
d