global

2 mati ditembak ketika penggambaran

Oleh AFP

HOUSTON: Dua maut manakala tujuh lagi cedera dalam insiden tembakan ketika penggambaran klip video di Texas, Amerika Syarikat, kata pihak berkuasa semalam.

Syerif daerah Harris, Ed Gonzalez berkata, serangan terhadap sekumpulan lelaki Hispanik berusia 20an itu dipercayai berlaku sekitar jam 9.30 malam kelmarin di tempat letak kereta perumahan di Houston.

“Mangsa tembakan terdiri daripada sembilan orang, dua disahkan mati, seorang kritikal dan seorang lagi masih di hospital,” tulisnya di akaun Twitter.

Satu rakaman video yang dimuat naik di Twitter oleh wartawan Houston Chronicle menunjukkan kesan darah di tempat letak kereta manakala terdapat beberapa kesan tembakan pada beberapa kereta.

Bagaimanapun, Gonzalez berkata, pihaknya masih menyiasat motif kejadian berkenaan.

Disiarkan pada: December 29, 2019 @ 11:34am
d