global

Skim susu ibu digantung

Oleh AFP

DHAKA: Hospital Bangladesh menggantung rancangan menderma susu ibu kepada bayi baru lahir yang memerlukan selepas dikecam ulama dengan menegaskan skim itu melanggar undang-undang Islam.

Program berkenaan memberi makan kepada 500 anak yatim dan bayi yang ibunya bekerja, antara negara yang mencatatkan kadar kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak-kanak dan tumbesaran lambat paling tinggi di dunia.

Namun menurut pemimpin agama, rancangan itu boleh menyebabkan pelanggaran hukum Syariah jika dua bayi meminum susu daripada ibu yang sama dan kemudian berkahwin.

“Seluruh perkahwinan dan keturunan mereka tidak sah,” kata Gazi Ataur Rahman, jurucakap parti politik berpengaruh Islami Andolan Bangladesh.

Bank susu itu dijangka dimulakan bulan ini di Dhaka, tetapi penyelaras projek, Mojibur Rahman, berkata ia ditangguhkan selepas menerima kritikan meluas.

Disiarkan pada: December 30, 2019 @ 8:28pm
d