global

6 maut akibat kabus tebal

Oleh AFP

NEW DELHI: Kabus tebal dan pencemaran udara memenuhi seluruh utara India sehingga menganggu ratusan penerbangan hari ini, ketika cuaca teruk musim sejuk menyebabkan suhu menjunam ke paras terendah.

New Delhi dan negeri sekelilingnya sentiasa diselubungi jerebu yang melanda setiap musim sejuk akibat pembakaran asap kenderaan, pelepasan asap industri dan pembakaran untuk pertanian.

Tetapi awan tebal terlindung disebabkan cuaca sejuk semasa yang mengurangkan penglihatan jauh, malah pihak berkuasa terpaksa menangguhkan lebih 500 penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi.

Enam orang terbunuh berhampiran bandar Noida selepas kenderaan mereka terbabas dari jalan raya akibat kabus tebal dan terjunam ke dalam terusan.

Biro kaji cuaca India berkata, Delhi bakal merekodkan hari paling sejuk pada bulan ini sejak 1901, dengan suhu serendah 2.6 darjah Selcius, awal pagi tadi.

Disiarkan pada: December 30, 2019 @ 9:05pm
d