global

Ulama larang program bank susu ibu

Oleh AFP

DHAKA: Sebuah hospital Bangladesh semalam, menggantung rancangan mendermakan susu badan wanita kepada bayi baru dilahirkan selepas mendapat bantahan ulama kerana amalan itu melanggar hukum Islam.

Melalui program itu, susu sumbangan wanita akan diberi kepada sehingga 500 kanak-kanak yatim dan bayi yang ibu mereka bekerja.

Namun, ulama menegaskan amalan itu bertentangan dengan undang-undang Shariah kerana mengundang masalah masa depan kerana dua bayi menyusu dari wanita yang sama tidak boleh berkahwin.

“Perkahwinan serta zuriat yang dilahirkan tidak sah,” kata Gazi Ataur Rahman, jurucakap parti Islami Andolan Bangladesh yang berpengaruh.

Penyelaras projek itu, Mojibur Rahman, berkata bank susu untuk program itu sepatutnya bermula bulan ini di Dhaka namun kini ditangguhkan berikutan kritikan itu.

Menurutnya, pihak hospital melaksanakan prosedur ketat, termasuk susu yang dikutip disimpan berasingan dan merekod identiti semua penyumbang.

Disiarkan pada: December 30, 2019 @ 10:55pm
d