global

'Star Wars' kuasai panggung Amerika Utara

Oleh AFP

LOS ANGELES: Filem ‘Star Wars: The Rise of Skywalker’ menerajui carta pawagam Amerika Utara dengan kutipan AS$72.4 juta (RM296.3 juta) pada hujung minggu kedua.

Pemerhati industri Exhibitor Relations, berkata filem keluaran Disney itu yang dipasarkan sebagai penamat sembilan siri filem ‘Skywalker Saga’, menarik pelbagai ulasan bercampur dan kutipannya jatuh berbanding minggu lalu dengan AS$177.4 juta (RM726.1juta) semasa pembukaan.

Tetapi ia berjaya mengumpulkan jumlah kutipan domestik sebanyak AS$362.2 juta (RM 1.4 bilion)

Star Wars: The Rise of Skywalker kekal mendahului filem di tangga kedua ‘Jumanji: The Next Level’, aksi sekuel dibintangi Dwayne ‘The Rock’ Johnson dan Kevin Hart dengan jualan tiket di Amerika Utara sebanyak AS$35.3 juta (RM144.4 juta) bagi tempoh Jumaat hingga Ahad.

Ia disusuli filem animasi ‘Frozen II’ keluaran Disney dengan AS$16.9 juta (RM69.1 juta). Filem animasi muzik itu menggunakan bintang Broadway Idina Menzel sebagai suara Queen Elsa dalam pengembaraannya terkini.

Disiarkan pada: December 31, 2019 @ 5:15pm
d