global

10 maut bas terjunam di Iran

Oleh AFP

TEHRAN: Sekurang-kurangnya, 10 orang terbunuh selepas sebuah bas terjunam ke dalam gaung di barat Tehran, Iran, hari ini, lapor agensi berita rasmi IRNA.

“Sepuluh orang terkorban dalam nahas itu manakala 11 lagi dipindahkan ke hospital berdekatan,” kata jurucakap perkhidmatan kecemasan, Mojtaba Khaledi.

Katanya, kemalangan itu berlaku sekitar jam 5 pagi waktu tempatan di lebuh raya yang terletak berdekatan bandar Zanjan.

Timbalan ketua polis Zajan, Mohammad Ali Azimi, berkata bas itu dipercayai dipandu laju sebelum tergelincir dari jalan dan terjunam pada ketinggian 12 meter ke dalam gaung.

“Mereka yang maut termasuk seorang wanita dan kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun. Jumlah kematian dijangka meningkat,” Mohammad Ali Azimi.

Imej yang disiarkan agensi berita menunjukkan pekerja Palang Merah melakukan usaha pencarian pada bas kuning yang terbalik itu.

Disiarkan pada: December 31, 2019 @ 6:35pm
d