global

Kiribati pertama sambut 2020

Oleh Agensi

SYDNEY: Kiribati di kepulauan Polynesian yang paling hampir dengan garisan tarikh antarabangsa menjadi lokasi pertama menyambut kehadiran Tahun Baharu 2020 sebentar tadi.

Ia diikuti Auckland, New Zealand, yang menyambut berakhirnya satu dekad dengan bunga api di atas SkyTower.

Sambutan itu diikuti Sydney dengan ribuan pengunjung menyaksikan pertunjukan bunga api di bandar raya itu.

Ia tetap diteruskan walaupun ada desakan sambutan itu dibatalkan susulan kebakaran hutan besar di tenggara negara itu.

Datuk Bandar Sydney, Clover Moore berkata, rancangan pertunjukan bunga api itu bermula 15 bulan lalu dan kebanyakan bajet sudah diperuntukkan.

“Sambutan ini juga kepada menjana ekonomi negeri New South Wales,” katanya.

Disiarkan pada: December 31, 2019 @ 8:44pm
d