global

Dendam kesumat

Oleh Agensi

Pelembang: Dendam kerana anak saudaranya terbunuh dalam kejadian langgar lari, seorang lelaki bertindak memburu pemandu teksi dalam talian itu hingga berjaya mengesannya Sabtu lalu dan bersama bersama rakannya menikam pemandu itu hingga mati, Sabtu lalu.

Polis menemui mayat pemandu teksi itu dibuang berdekatan Kompleks Perumahan Griya Asri, pada malam Sabtu.

Siasatan mendapati, Samudra atau juga dikenali sebagai Iwan, 40, menghafal nombor pendaftaran teksi yang melanggar anak saudara perempuannya dan memburu pemandu terbabit.

Menurut laporan Kompas, Samudra menempah menempah perkhidmatan teksi dalam talian bagi mencari pemandu berkenaan dan membatalkan tempahan sebanyak 20 kali kerana bukan pemandu dicarinya menyebabkan akaunnya disekat.

Samudra menggunakan akaun lain beberapa kali sebelum berjaya menempah teksi yang dicarinya, Sabtu lalu.

Bersama seorang rakannya, Sulaiman, mereka menaiki teksi dipandu Ruslan Sani dan ketika dalam kenderaan, dia bertanya kepada Ruslan mengenai kejadian langgar lari itu tetapi Ruslan melawan menyebabkan dia menjerut leher mangsa.

Bagi menyelamatkan diri, Ruslan mengeluarkan pisau tetapi senjata itu dirampas Sulaiman dan menikam mangsa beberapa kali.

Kedua-dua lelaki itu cuba membuang mayat Ruslan di tepi jalan tetapi disedari orang ramai menyebabkan mereka melarikan diri.

Jurucakap polis Palembang, Anom Setiyadji berkata, Sulaiman berjaya ditangkap orang ramai manakala Iwan menyerah diri selepas beberapa jam bersembunyi di tepi sungai.

“Kedua-dua mereka didakwa atas tuduhan merancang untuk membunuh dan berdepan hukuman mati sekiranya didapati bersalah,” katanya.

Disiarkan pada: January 1, 2020 @ 8:16am
d