global

Derma buah pinggang demi anak

Oleh Agensi

WALES: Seorang bapa sanggup mendermakan buah pinggang kepada seorang individu lain agar anak lelakinya yang menghidap penyakit kegagalan buah pinggang menerima buah pinggang daripada penderma.

Mike Wier membuat keputusan demikian bagi membolehkan anak lelakinya Harry Weir, 8, kembali sihat selepas disahkan menghidap penyakit itu sejak berusia dua tahun.

Daily Mail melaporkan, tindakan Mike itu akhirnya berjaya menyembuhkan penyakit anaknya selepas menerima buah pinggang dari seorang penderma yang tidak dinamakan.

Menurut Mike, fungsi buah pinggang anaknya itu semakin menurun sehingga hanya tinggal lapan peratus ketika berusia lima tahun walaupun sudah menjalani kimoterapi dan dialisis.

“Akhirnya kami mengenal pasti seorang penderma yang bersesuaian seminggu sebelum sambutan Hari Krismas dan sebaik pembedahan selesai dijalankan, keadaan kesihatan Harry semakin baik dan berbeza daripada sebelum ini.

“Kami berterima kasih kepada penderma dan keluarga selain pasukan doktor serta juruwat yang memberikan penjagaan kesihatan menakjubkan,” katanya.

Disiarkan pada: January 1, 2020 @ 9:44pm
d