global

Tentera selamatkan mangsa terkandas

Oleh AFP

SYDNEY: Tentera Australia memulakan evakuasi menerusi laut bagi memindahkan orang awam yang terperangkap susulan kebakaran hutan di Australia.

Di bandar Mallacoota, pasukan berkenaan menyelamatkan penduduk, binatang peliharaan dan beberapa barangan.

Pesawat tentera juga dilihat menjatuhkan bantuan kecemasan di penduduk di kawasan terjejas.

Sekurang-kurangnya 20 orang disahkan terbunuh dengan ramai lagi masih hilang, dan kira-kira 500 kediaman musnah.

Dianggarkan, kebakaran memusnahkan kawasan hutan dengan luas dua kali ganda daripada Belgium.

Dengan suhu dijangka mencecah 40 darjah Celcius, Sabtu ini, darurat sudah diisytiharkan di negeri terjejas di tenggara Australia.

Ribuan orang kini meninggalkan kawasan terjejas untuk menuju ke Sydney dan Canberra.

Seorang pemandu memberitahu AFP bahawa dia mengambil masa tiga jam untuk memandu sejauh 30 kilometer.

Menteri Pengangkutan New South Wales menyifatkan pemindahan berkenaan sebagai ‘evakuasi terbesar di rantau berkenaan’.

Disiarkan pada: January 3, 2020 @ 11:22am
d