global

Mayat nenek dalam peti ais

Oleh AFP

PARIS: Pasukan bomba tergamam selepas menemui mayat seorang nenek di dalam rumah yang tidak berpenghuni sebaik selesai memadamkan kebakaran sebuah rumah di Saint-Leonard-de-Noblat, Limoges pada Rabu.

Kejadian di barat daya Perancis itu berlaku pada malam sambutan tahun baru membongkar kematian Liliane Martin, 83, dengan beberapa bahagian badannya turut ditemui di kawasan bangsal.

Pada mulanya, pasukan bomba menerima maklumat mengenai kebakaran di sebuah rumah di kawasan berkenaan sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Namun, sebaik selesai memadamkan kebakaran, pasukan bomba curiga apabila melihat sebuah rumah tidak berpenghuni tidak jauh dari lokasi kejadian sebelum menjalankan pemeriksaan.

Cucu mangsa berusia 30-an yang ditemui pihak berkuasa memberikan kenyataan bercanggah menyebabkan dia ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Disiarkan pada: January 3, 2020 @ 4:09pm
d