global

Ghosn sewa dua jet secara haram

Oleh Agensi

ISTANBUL/TOKYO: Pengendali jet peribadi Turki mendakwa bekas Pengerusi Nissan, Carlos Ghosn menggunakan dua daripada pesawatnya secara haram untuk melarikan diri dari Jepun.

Ia turut mendakwa kakitangannya memalsukan rekod dengan mengecualikan nama Ghosn dalam dokumen.

Reuters melaporkan, MNG Jet telah membuat laporan terhadap kejadian itu, sehari selepas polis Turki menahan tujuh individu, termasuk empat juruterbang dalam usaha menjejaki Ghosn yang menggunakan laluan Istanbul untuk ke Lebanon.

MNG Jet dalam kenyataan berkata, ia menyewakan dua jet kepada dua pelanggan berbeza dengan surat perjanjian yang tidak berkait antara satu sama lain.

“Satu pesawat dijadualkan terbang dari Osaka ke Istanbul manakala, satu lagi dari Istanbul ke Beirut,” katanya.

Disiarkan pada: January 3, 2020 @ 7:34pm
d