global

Banjir Jakarta belum reda

Oleh AFP

BERIBU warga Jakarta masih gagal pulang ke kediaman masing-masing selepas bandar raya itu ditenggelami air sejak beberapa hari lalu yang turut mengorbankan sekurang-kurangnya 53 nyawa.

Lebih 170,000 penduduk mendapatkan perlindungan di beberapa lokasi yang ditetapkan pihak berkuasa.

Hujan lebat sejak malam tahun baru itu menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh termasuk di daerah berhampiran iaitu Lebak.

“Sehingga kini, 53 kematian sudah dicatatkan dan seorang dikhuatiri masih hilang,” katanya.

Jurucakap agensi bencana tempatan, Agus Wibowo berkata, penempatan sementara itu dipenuhi pelarian termasuk bayi yang hanya beralas tilam nipis.

Malah, bekalan makanan dan minuman juga semakin berkurangan.

Disiarkan pada: January 4, 2020 @ 1:21pm
d