global

Adun mi dengan candu supaya pelanggan ketagih

Oleh Agensi

GUANGXI: Seorang pemilik restoran di China mengadun mi yang dihasilkan dengan campuran candu supaya pelangganya ketagih dan kembali ke restorannya lebih kerap.

Sebuah portal melaporkan, taktik individu berkenaan ‘kantoi’ secara tidak sengaja apabila polis menahan seorang lelaki yang pernah makan di restoran berkenaan dan mendapati ujian air kencingnya positif untuk morfin, komponen aktif dalam candu.

Lelaki berkenaan bagaimanapun terkejut dengan keputusan berkenaan dan memaklumkan dia tidak pernah mengambil sebarang dadah terlarang.

Dia kemudiannya memberitahu penyiasat bahawa dia tidak boleh berhenti daripada makan mi yang dihidangkan di restoran yang terletak di Sanjiang itu.

Berikutan itu, polis membuat lawatan mengejut ke restoran berkenaan dan menjumpai serbuk yang didapati positif mengandungi komponen morfin.

Polis kemudiannya membuat siasatan lanjut dan menemukan serbuk biji popi seberat 76 gram.

Pemilik restoran yang dikenali sebagai Yang mengaku bersalah menggunakan candu sebagai bahan rahsia untuk resepinya.

Disiarkan pada: January 4, 2020 @ 8:16pm
d