global

[UPDATE] Bangunan runtuh, 29 maut

Oleh AFP

PHNOM PENH: Angka korban bangunan runtuh di Kemboja, Jumaat lalu, meningkat kepada 29 orang.

Bangunan tujuh tingkat di bandar pesisir pantai, Kep, kira-kira 160 kilometer (km) di barat daya Phnom Penh.

Ia berlaku setahun selepas kejadian runtuhan di tapak projek di wilayah Preah Sihanouk, yang mengorbankan 28 orang.

Ratusan pasukan penyelamat dan askar terbabit dalam kerja menyelamat.

Pihak berkuasa menganggarkan 30 pekerja masih terperangkap di bawah runtuh bangunan berkenaan.

Bagaimanapun, jurucakap wilayah Ros Udong memberitahu AFP bahawa jumlah mangsa yang maut dan cedera mungkin meningkat.

Ia selepas lebih banyak mayat dibawa keluar oleh pasukan penyelamat.

Selain 29 mangsa yang maut, pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan 23 individu yang terselamat.

Seorang pekerja, Ei Kosal memberitahu AFP, dia, isteri dan dua lagi wanita sedang menikmati makan tengah haru ketika bangunan itu runtuh.

Katanya, dua rakan mereka itu turut terbunuh.

“Saya tidak menjangka akan selamat. Perasaan saya seperti dilahirkan semula,” katanya yang kini masih dirawat di hospital.

Disiarkan pada: January 5, 2020 @ 1:30pm
d