global

Ajal serangan jerung

Oleh AFP

SYDNEY: Lelaki meninggal dunia selepas dipercayai diserang jerung di lokasi selam skuba di barat daya Australia.

Menurut pihak berkuasa, lelaki itu diserang di Pulau Cull berdekatan dengan Esperance, negeri barat Australia.

“Seorang lelaki parah selepas diserang oleh jerung,” katanya.

Serangan itu, pertama di Australia pada tahun ini, dan kedua dalam tempoh tiga tahun.

Pada 2017, seorang gadis berusia 17 tahun diserang oleh jerung di hadapan ibu bapa berhampiran dengan Wylie Bay.

Sementara pada 2014, peluncur ombak muda hilang kedua-dua tangan selepas diserang jerung, juga di Esperance.

Australia merekodkan satu antara insiden serangan jerung paling tertinggi di dunia, tetapi ia jarang menyebabkan kehilangan nyawa.

Terdapat 27 serangan haiwan itu pada tahun lalu, tetapi ia tidak mengakibatkan kemalangan jiwa.

Disiarkan pada: January 5, 2020 @ 5:19pm
d