global

35 mati dipijak

Oleh Agensi

Tehran: Seramai 35 terbunuh, manakala 48 lain cedera dalam rempuhan sempena perarakan pengebumian jenazah komander tentera Iran, Qassem Soleimani yang terbunuh dalam serangan dron Amerika Syarikat (AS) di Iraq.

Rempuhan itu berlaku di Kerman ketika perarakan dihadiri lebih sejuta orang memenuhi jalan utama di ibu kota Tehran untuk mengucapkan selamat tinggal kepada komander pasukan Tentera

Quds, unit yang bertanggungjawab dalam operasi luar Iran.

Jenazah Soleimani tiba di kampung halamannya di Kerman untuk dikebumikan.

Sebelum itu, pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei menangis ketika mengimamkan solat jenazah komander tentera Iran, Soleimani yang terbunuh.

Pemimpin tertinggi itu sebak ketika berdoa, memaksa beliau memberhentikan bacaannya seketika.

Disiarkan pada: January 7, 2020 @ 6:22pm
d